No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, November 15, 2011

Selangorku

Assalamualaikum Warahmatullah.








Saturday, October 22, 2011

UMNO Gagal Jaga Islam

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


UMNO GAGAL JAGA ISLAM


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Menpertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan MENGESAHKAN kegagalan UMNO selama ini untuk menjaga Agama Islam di dalam negara ini. Sepatutnya UMNO yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan Agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya tetapi amat malang setelah 54 tahun UMNO memerintah negara ini, Agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Agama Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk MENYOKONG Undang-undang Hudud yang telah DILULUSKAN di DUN Kelantan dan DUN Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda UMNO, PERKASA dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya. Akhirnya program tersebut akan menjadi medan politik murahan UMNO dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini. UMNO, PERKASA dan rakan-rakan sekutu mereka selama in telah terbukti dan terkenal di dalam meng’hijack’ program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka.


Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program HIMPUN akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini. Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan Agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR








Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...